15 December 2008

HATI SEORANG CUCU.

PASIR PUTEH(14Dis.2008): Seorang lelaki bersama isteri tergamak mencekik leher sebelum melarikan barangan kemas dan wang tunai milik neneknya sendiri bernilai RM12,000 ketika warga emas itu sedang berehat selepas solat Zuhur, petang kelmarin. Kejadian berlaku jam 2.30 petang di Perkampungan Pondok Yaacob Samba, Cherang Tuli, dekat sini, ketika mangsa, Meriam Sa’amah, 80, seorang diri di rumah.Cicitnya, Mohd Safuan Mat, 18, yang tinggal bersamanya ketika itu menghadiri kenduri di Kampung Merkang, tidak jauh dari situ. “Mak cik hanya ingat mati ketika itu kerana orang lain semuanya tiada, termasuk jiran yang pulang ke kampung sempena Aidiladha.
“Mak cik tinggal dengan cicit buat sementara musim cuti sekolah, tapi ketika kejadian dia pergi kenduri di rumah ibu saudaranya,” katanya yang tidak menyangka cucunya sanggup bertindak sedemikian.
Meriam yang menyifatkan cucunya itu sebagai tidak berhati perut, turut tidak menyangka isterinya turut bersubahat menyamun barang kemas disimpannya sejak puluhan tahun hasil upah sebagai bidan kampung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata ketika kejadian lelaki yang juga cucu mangsa bersama isterinya masuk ke rumah Meriam dan terus mencekik leher warga emas itu.Menurutnya, berlaku pergelutan antara mereka sebelum lelaki berusia 25 tahun dan isterinya 20 tahun itu menyentap serta melarikan barang kemas warga emas itu. Katanya, mangsa tidak terus melawan kerana bimbang nyawanya terancam berikutan ketika itu dia berseorangan di rumah sedangkan suspek bersama isterinya turut memegang tangan warga emas itu dari belakang. “Selepas rantai, gelang tangan serta loket dan wang tunai dirampas daripada mangsa, pasangan suami isteri itu terus melarikan diri dengan sebuah motosikal.“Mangsa tidak cedera serius kecuali terdapat kesan cekik pada lehernya,” katanya.Mohd Kamal berkata, mangsa dengan bantuan jiran menghubungi saudaranya untuk memaklumkan kejadian terbabit. Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh jam 5.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. “Berdasarkan maklumat awal, cucu mangsa tinggal di Labok, Machang dan disyaki penagih dadah.“Suspek pernah ditahan sebelum ini kerana mencuri dan polis sedang berusaha menjejakinya bagi membantu siasatan,” katanya.Menurutnya, pihaknya percaya pasangan itu masih di daerah itu dan sedang bersembunyi kerana usaha mengesan di rumahnya gagal.Katanya, orang ramai yang mengetahui lokasi suspek bersembunyi diminta menghubungi polis.
(Sumber Dari Harian Metro)


Pengajaran : Kita haruslah menghormati dan menyayangi datuk, nenek, ibubapa dan ahli keluarga kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang melupakan kulit.

12 December 2008

Hai.....Selamat Bercuti

Kita telah mula bercuti pada 17 NOVEMBER 2008 dan akan mula sekolah 4 JANUARI 2009....masa agak lama dan perlulah digunakan dengan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah supaya masa tidak terbuang dengan begitu saja. Saya telah menyiapkan segala kerja Cuti Terancang yang diberikan oleh cikgu. Kawan-kawan macamana? siap ke belum?. Untuk pengisian cuti persekolahan ini juga, saya telah mengikuti kelas Al-Quran di Pusat Pintar Quran. Saya juga telah mengikuti kelas tuisyen berbayar agar masa digunakan dengan sepenuhnya. Saya berharap kawan-kawan dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah juga.
Macamana dengan kelengkapan persekolahan tahun 2009? Saya hanya beli pakaian baru saja untuk persediaan persekolahan sesi 2009 sebab peralatan lain masih baik dan elok serta dapat digunakan lagi. Biarlah kita berjimat cermat sikit, maklumlah jimat belanja. Semoga kawan-kawan semua bergembira di musim cuti ini...Wassalam.


Pengajaran : Walaupun kita bercuti tetapi jangan lupakan kerja sekolah....kerana masa itu emas.

07 December 2008

BAYI DALAM KANDUNGAN HILANG!

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu. Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini. Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB, semalam. Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas. “Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu saya mengalami demam panas,” katanya. Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.


Pengajaran : Kuasa Allah tidak dapat difikirkan oleh manusia...sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Subhanallah.

28 November 2008

KISAH DIKEDAI KOPI

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panasdan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..
“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″
Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu, lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….
Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja…
Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..lebih baik cepat-cepat diminum kerana aku hanya ada 70 sen saja”.


Pengajaran : Jangan buat perkara pelik nanti susah sendiri.

POHON EPAL DAN LELAKI

KISAH POKOK EPAL

Pada zaman dahulu dalam sebuah kampung, hiduplah sepohon epal besar dan anak lelaki yang sedang bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Ia suka memanjatnya hingga ke pucuk , memakan buahnya,tidur di bawah pokok epal itu. Anak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula pohon epal sangat mencintai anak kecil itu. Waktu terus berlalu. Anak lelaki itu kini telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya.
Suatu hari dia datang melawat pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih. "Ayuh kesini bermain-main lagi denganku," pinta pohon apel itu. "Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi," jawab lelaki itu."Aku ingin membeli memiliki mainan, tapi aku tak mempunya wang untuk membelinya."
Pohon apel itu menyahut, "aduh, maaf aku pun tidak mempunyai wang... tetapi kau boleh mengambil semua buah apelku dan menjualnya. Kau pasti akan mendapat wang untuk membeli permainan kegemaranmu." Anak lelaki itu berasa sangat senang hati. Maka dia pun memetik semua buah apel yang ada di pohon itu dan pergi dengan penuh suka hati. Namun, setelah itu lelaki tak pernahdatang lagi. Pohon apel itu kembali sedih.
Suatu hari lelaki itu datang lagi. Pohon apel sangat suka hati melihatnya datang. "Ayuh mari bermain-main denganku lagi," kata pohon epal. "Aku tak punya waktu," jawab lelaki itu. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?" Aduh, maaf aku pun tak memiliki rumah.
Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membangun rumahmu," kata pohon apel.Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon apel itu dan pergi dengan gembira.Pohon apel itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu senang, tapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon apel itu merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon apel merasa sangat bersuka cita menyambutnya."Ayuh, mari bermain-main lagi denganku," kata pohon apel."Aku sedih," kata anak lelaki itu."Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?""Aduh, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah."
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon apel itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon apel itu.
Akhirnya, anak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. "Maaf anakku," kata pohon apel itu. "Aku sudah tak memiliki buah apel lagi untukmu." "Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah apelmu," jawab anak lelaki itu.
"Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat," katapohon apel."Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu," jawab anak lelaki itu."Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini," kata pohon apel itu sambil menitikkan air mata."Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang," kata anak lelaki."Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu." "Oooh, baguslah. Tahukah engkau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang." Anak lelaki itu berbaring dipelukan akar-akar pohon.
Pohon apel itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitis airmatanya.
Pohon apel itu adalah orang tua kita.Ketika kita muda, kita selalu bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak pernah peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.Anda mungkin berfikir bahwa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan kepadaorang tua kita.

Pengajaran : Kita mesti membantu ibubapa kita dan tahu menjaga maruah ibubapa.

27 November 2008

Kamus Dwi Bahasa

Para pengunjung blog ini bolehlah gunakan alamat ini http://www.citcat.com untuk membuat terjemahan dari sepatah ke 800 patah perkataan..selamat mencuba.

Kisah Lucu Zoo Jepun

Sebuah zoo di negara Jepun telah membela seekor beruang kutub betina untuk hiburan kepada pengujung. Pada suatu hari pihak Zoo telah memasukkan seekor lagi beruang untuk menjadi teman kepada beruang kutub betina tadi. Ini bermakna beruang yang baru tadi adalah beruang jantan. Setelah lama berada dalam zoo ini...beruang betina tidak juga beranak ataupun mengandung. Keadaan ini telah menjadi suatu yang pelik...maka pihak zoo telah membuat penyelidikan mengapakah perkara ini berlaku. Setelah diperiksa dan diselidiki, hasilnya adalah beruang yang baru dimasukkan itu adalah beruang kutub betina. Maka beruang kutub ini dipisahkan semula.

Pengajaran : Untuk membuat sesuatu kita perlulah menyelidik dulu..jangan hentam keromo.

17 November 2008

Kisah Lucu

Pengatua Merotan Guru.

Cerita ini berlaku di Jizan Arab Saudi....pengetua sebuah sekolah di Al-Aridah telah membelasah dan merotan seorang guru dihadapan pelajar dan guru lain. Ini berlaku kerana pengetua ini berdendam dengan guru berkenaan yang telah mengadu kepada Jabatan Pelajaran kerana dia tidak dilayan dengan adil. Sekarang pengetua sekolah ini telah di gantung tugas.

Pengajaran ; Biarlah kita menjadi ketua yang baik dan disukai ramai.

13 November 2008

Dilema Gadis Bertatu

HOBI MEMBAWA LAKNAT

KUALA LUMPUR: Hanya bermula dengan gerak hati mahu suka-suka mencacah tatu dengan imej ‘rama-rama iblis’ di bahu kanannya, seorang gadis kini hidup tertekan dan hampir membunuh diri kerana berasakan taubatnya tidak diterima Allah.Gadis malang terbabit yang sudah bertaubat terus dihantui perasaan berdosa dan bersalah kerana bimbang amalan hariannya termasuk sembahyang lima waktu tidak diterima Allah kerana tatu berkenaan yang masih melekat di belakang tubuhnya.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 19, berkata dia mula terjebak dengan pemakaian tatu itu selepas tertarik dengan perbuatan rakan-rakannya yang menganggap tanda badan itu kini menjadi satu trend semasa.Dia yang bekerja sebagai pembantu jurujual berkata, masalah keluarga selain tindakannya berhenti sekolah ketika dalam tingkatan empat, sedikit sebanyak menyumbang ke arah keruntuhan moralnya selama hampir empat tahun.

Pengajaran : Janganlah kita mencuba perkara-perkara yang tidak elok kerana ianya memberi masalah di masa depan.

Rajin Tangga Kejayaan

Belajar sambil baring

MELAKA: Biarpun dilahirkan cacat dan terpaksa menggunakan kerusi roda khas untuk ke sekolah, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat Hazman Shahir Samsulkamar Ujang, 12, dari Sekolah Rendah Arab Jaim Jelatang, Alor Gajah, dekat sini, memperoleh keputusan 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.Dalam ujian itu, Hazman mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan B bagi Sains.Hazman mengalami kecacatan akibat menderita penyakit di bahagian saraf tulang belakangnya menyebabkan tumbesarannya terganggu.Ibunya, Haslina Hassan, 36, berkata walaupun cacat, anaknya tetap mampu mengulang kaji pelajaran sejam sehari.

“Dalam kelas, anak saya juga hanya mampu terbaring di atas kerusi roda sepanjang waktu. Anak saya tetap bersemangat untuk belajar.“Satu perangai yang saya perhatikan, anak saya suka bertanya guru dan rakan, terutama ketika dia tak dapat hadir ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengetahui keputusan itu.Haslina yang tidak bekerja memberi perhatian sepenuh masa menjaga anaknya itu.Anaknya tidak pernah ke kelas tuisyen dan hanya belajar sendiri di rumah.“Saya bersyukur dia menjadi contoh kepada adik-beradik lain. Saya menghantar dia dan menunggu hingga waktu habis sekolah untuk pulang bersama. Maknanya, saya turut bersekolah,” katanya.Sementara itu, guru Hazman, Mohd Nasir Yusof, berkata berdasarkan rekod, murid itu tidak datang ke sekolah selama 41 hari kerana masalah kesihatan.Bagaimanapun, kejayaannya lebih baik berbanding murid lain yang datang ke sekolah setiap hari.“Hazman menjadi sumber inspirasi murid lain di sekolah ini untuk mencontohi kejayaannya walaupun dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).“Ibu Hazman seorang tabah dan tak pernah jemu menunggu anaknya setiap hari bermula dari tahun satu hingga tahun enam,” katanya.

Pengajaran: Kalau kita rajin berusaha pasti kita akan berjaya....tahniah.

07 November 2008

Result UPSR 2008


Keputusan UPSR Khamis depan(13 Nov 2008)

PUTRAJAYA: Seramai 518,616 calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seluruh negara akan menerima keputusan masing-masing Khamis ini, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Hishammuddin berkata, semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.“Keputusan analisis UPSR akan diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom pada hari yang sama,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pascaKabinet kementeriannya, semalam.Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Alimuddin.

06 November 2008

Cerita Budak Gila

Topic: Jenaka Berwawasan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

KESIMPULAN :: Gila rupanya budak ni…..

05 November 2008

Hari Sukan Sekolah






Pada awal bulan lepas telah diadakan Sukan Tahunan Sekolah saya. Nama sekolah ialah SK Darau. Semua murid dan guru telah terlibat. Pertandingan diadakan mengikut rumah iaitu merah, biru, hijau dan kuning. Saya meakili rumah Biru. Saya menyertai beberapa acara iaitu Tiup Belon sampai pecah, Isi air dalam botol menggunakan spam. Acara lain adalah olahraga seperti lari 1x100m, 2x400m untuk tahap 2. Pertandingan diadakan di padang sekolah. Ianya bermula dari 8.00pagi hingga 6.00 petang. Pada akhir kejohanan hadiah disampaikan kepada semua pemenang iaitu johan, n. johan dan ketiga. Acara paling menarik adalah acara terbuka untuk ibubapa dan guru diadakan seperti rakit darat, tarik tali dan mencari benda misteri. Gambar diatas adalah antara permainan yang diadakan. Saya berasa sangat bangga dapat menyertainya dan berharap pada tahun hadapan sukan sekolah akan diadakan lagi. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu.








Related Posts with Thumbnails