Showing posts with label Cerita setempat. Show all posts
Showing posts with label Cerita setempat. Show all posts

22 September 2010

Mati Tercekik Pen


Mahu mandi sendiri
Oleh Rashidi Karim

2010/09/22

KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam.Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain. Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam.

Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap. Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan. “Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian.
“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya. Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam. “Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri. Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut. Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa. “Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya.
Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

16 July 2010

IT di Banggi

Celik IT biarpun masih pakai ‘santut’

2010/07/16

PULAU BANGGI (Kudat): “Biarpun masih pakai ‘santut’ (cawat), ia bukan bermakna saya antipembangunan dan tidak mahu anak pandai guna Internet,” kata petani Orang Asli berketurunan Dusun Bonggi, Taraib Saib.Taraib yang turut mempertahankan budaya menggunakan sumpit untuk memburu haiwan seorang daripada lebih 10,000 penduduk pulau ini yang menerima manfaat program Komputer 1Malaysia dan Pelan Transformasi Perkhidmatan Pos Malaysia. Program itu dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Dewan Terbuka Kampung Karakit di sini, semalam.Taraib berkata, beliau mahu generasi muda Dusun Bonggi menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya tidak ketinggalan zaman.“Saya bangga kerana berpeluang menggunakan Internet dan selepas ini mahu lebih ramai anak etnik Dusun Bonggi yang kini hampir pupus menguasai teknologi moden dan canggih ini.
“Penggunaan Internet membolehkan kami berhubung dunia luar dan tidak terpencil di dunia tanpa sempadan,” katanya.Taraib berkata, beliau mendapat maklumat mengenai keistimewaan Internet daripada generasi muda di kampungnya yang menguasai teknologi itu. Terdahulu Rais dalam sidang media selepas pelancaran program itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperuntukkan RM12.6 juta kepada Pos Malaysia Berhad untuk melaksanakan Pelan Transformasi Perkhidmatan Pos bagi Sabah dan Sarawak untuk mempertingkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pos terutama di pedalaman kedua-dua negeri itu. Katanya, Pos Malaysia akan membekalkan 10 Pejabat Pos bergerak yang akan memberikan perkhidmatan di kawasan pedalaman Sabah.
Beliau berkata, Pejabat Pos bergerak itu dilengkapi satelit terminal kecil (VSAT) bagi memastikan pelanggan yang tinggal di pedalaman dapat menikmati pelbagai perkhidmatan kaunter yang biasanya ditawarkan di cawangan pejabat pos meliputi pembayaran bil pelbagai agensi kerajaan dan korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta 150 transaksi ditawarkan Pos Malaysia.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Matius Sator; Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli; Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Abdul Mijul Unaini.Rais berkata, pelantikan Posmen Komuniti yang dimulakan di pulau itu usaha kementerian memperluaskan kadar penembusan perkhidmatan di pedalaman khususnya kawasan mempunyai bentuk muka bumi dan geografi yang mencabar untuk menghubungkan masyarakat dengan posmen.

21 January 2010

Gambar Hantu Kanak-kanak

Wanita Rakam Hantu Kubur
GAMBAR rakaman English yang disiarkan di beberapa blog dan akhbar Daily Telegraph semalam menunjukkan dua imej kanak-kanak (dalam bulatan) sedang berjalan di tanah
perkuburan St. Mark, selatan Sydney. klik gambar untuk saiz besar.

SYDNEY - Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.

Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut."Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk."Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi," katanya.
Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.

Pengajaran: Setiap makluk adalah ciptaan ALLAH. Jangan kita takut kepada hantu atau syaitan kerana akan menganggu pemikiran kita.

07 January 2010

Ular Sawa Kedah

Ular telan 10 ekor kambing


AMIRAH (depan) bersama rakan-rakannya daripada JPAM menunjukkan ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Misteri kehilangan 10 ekor kambing sejak tiga bulan lalu terungkai apabila seekor ular sawa batik ditangkap di Felda Bukit Tangga dekat sini kelmarin.

Ular yang dianggarkan seberat kira-kira 150 kilogram dan panjang kira-kira lapan meter itu ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar dengan bantuan penduduk kira-kira pukul 6 petang.

Ketika ditangkap, ular itu dalam keadaan kekenyangan kerana baru menelan seekor kambing milik peneroka, Othman Taib, 60.

Menurut Othman, sejak tiga bulan lalu dia bingung memikirkan kehilangan 10 ekor kambingnya dari kandang yang terletak dalam kebun getahnya.

"Misteri kehilangan itu terjawab apabila saya ternampak ular sawa ini sedang menelan kambing semasa meninjau kandang ternakan kira-kira pukul 3.30 petang," katanya.

Pengajaran : Semua ciptaan ALLAH ada kelebihannya. Berhati-hati untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Related Posts with Thumbnails