15 December 2008

HATI SEORANG CUCU.

PASIR PUTEH(14Dis.2008): Seorang lelaki bersama isteri tergamak mencekik leher sebelum melarikan barangan kemas dan wang tunai milik neneknya sendiri bernilai RM12,000 ketika warga emas itu sedang berehat selepas solat Zuhur, petang kelmarin. Kejadian berlaku jam 2.30 petang di Perkampungan Pondok Yaacob Samba, Cherang Tuli, dekat sini, ketika mangsa, Meriam Sa’amah, 80, seorang diri di rumah.Cicitnya, Mohd Safuan Mat, 18, yang tinggal bersamanya ketika itu menghadiri kenduri di Kampung Merkang, tidak jauh dari situ. “Mak cik hanya ingat mati ketika itu kerana orang lain semuanya tiada, termasuk jiran yang pulang ke kampung sempena Aidiladha.
“Mak cik tinggal dengan cicit buat sementara musim cuti sekolah, tapi ketika kejadian dia pergi kenduri di rumah ibu saudaranya,” katanya yang tidak menyangka cucunya sanggup bertindak sedemikian.
Meriam yang menyifatkan cucunya itu sebagai tidak berhati perut, turut tidak menyangka isterinya turut bersubahat menyamun barang kemas disimpannya sejak puluhan tahun hasil upah sebagai bidan kampung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata ketika kejadian lelaki yang juga cucu mangsa bersama isterinya masuk ke rumah Meriam dan terus mencekik leher warga emas itu.Menurutnya, berlaku pergelutan antara mereka sebelum lelaki berusia 25 tahun dan isterinya 20 tahun itu menyentap serta melarikan barang kemas warga emas itu. Katanya, mangsa tidak terus melawan kerana bimbang nyawanya terancam berikutan ketika itu dia berseorangan di rumah sedangkan suspek bersama isterinya turut memegang tangan warga emas itu dari belakang. “Selepas rantai, gelang tangan serta loket dan wang tunai dirampas daripada mangsa, pasangan suami isteri itu terus melarikan diri dengan sebuah motosikal.“Mangsa tidak cedera serius kecuali terdapat kesan cekik pada lehernya,” katanya.Mohd Kamal berkata, mangsa dengan bantuan jiran menghubungi saudaranya untuk memaklumkan kejadian terbabit. Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh jam 5.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. “Berdasarkan maklumat awal, cucu mangsa tinggal di Labok, Machang dan disyaki penagih dadah.“Suspek pernah ditahan sebelum ini kerana mencuri dan polis sedang berusaha menjejakinya bagi membantu siasatan,” katanya.Menurutnya, pihaknya percaya pasangan itu masih di daerah itu dan sedang bersembunyi kerana usaha mengesan di rumahnya gagal.Katanya, orang ramai yang mengetahui lokasi suspek bersembunyi diminta menghubungi polis.
(Sumber Dari Harian Metro)


Pengajaran : Kita haruslah menghormati dan menyayangi datuk, nenek, ibubapa dan ahli keluarga kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang melupakan kulit.

12 December 2008

Hai.....Selamat Bercuti

Kita telah mula bercuti pada 17 NOVEMBER 2008 dan akan mula sekolah 4 JANUARI 2009....masa agak lama dan perlulah digunakan dengan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah supaya masa tidak terbuang dengan begitu saja. Saya telah menyiapkan segala kerja Cuti Terancang yang diberikan oleh cikgu. Kawan-kawan macamana? siap ke belum?. Untuk pengisian cuti persekolahan ini juga, saya telah mengikuti kelas Al-Quran di Pusat Pintar Quran. Saya juga telah mengikuti kelas tuisyen berbayar agar masa digunakan dengan sepenuhnya. Saya berharap kawan-kawan dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah juga.
Macamana dengan kelengkapan persekolahan tahun 2009? Saya hanya beli pakaian baru saja untuk persediaan persekolahan sesi 2009 sebab peralatan lain masih baik dan elok serta dapat digunakan lagi. Biarlah kita berjimat cermat sikit, maklumlah jimat belanja. Semoga kawan-kawan semua bergembira di musim cuti ini...Wassalam.


Pengajaran : Walaupun kita bercuti tetapi jangan lupakan kerja sekolah....kerana masa itu emas.

07 December 2008

BAYI DALAM KANDUNGAN HILANG!

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu. Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini. Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB, semalam. Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas. “Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu saya mengalami demam panas,” katanya. Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.


Pengajaran : Kuasa Allah tidak dapat difikirkan oleh manusia...sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Subhanallah.
Related Posts with Thumbnails