13 November 2008

Rajin Tangga Kejayaan

Belajar sambil baring

MELAKA: Biarpun dilahirkan cacat dan terpaksa menggunakan kerusi roda khas untuk ke sekolah, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat Hazman Shahir Samsulkamar Ujang, 12, dari Sekolah Rendah Arab Jaim Jelatang, Alor Gajah, dekat sini, memperoleh keputusan 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.Dalam ujian itu, Hazman mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan B bagi Sains.Hazman mengalami kecacatan akibat menderita penyakit di bahagian saraf tulang belakangnya menyebabkan tumbesarannya terganggu.Ibunya, Haslina Hassan, 36, berkata walaupun cacat, anaknya tetap mampu mengulang kaji pelajaran sejam sehari.

“Dalam kelas, anak saya juga hanya mampu terbaring di atas kerusi roda sepanjang waktu. Anak saya tetap bersemangat untuk belajar.“Satu perangai yang saya perhatikan, anak saya suka bertanya guru dan rakan, terutama ketika dia tak dapat hadir ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengetahui keputusan itu.Haslina yang tidak bekerja memberi perhatian sepenuh masa menjaga anaknya itu.Anaknya tidak pernah ke kelas tuisyen dan hanya belajar sendiri di rumah.“Saya bersyukur dia menjadi contoh kepada adik-beradik lain. Saya menghantar dia dan menunggu hingga waktu habis sekolah untuk pulang bersama. Maknanya, saya turut bersekolah,” katanya.Sementara itu, guru Hazman, Mohd Nasir Yusof, berkata berdasarkan rekod, murid itu tidak datang ke sekolah selama 41 hari kerana masalah kesihatan.Bagaimanapun, kejayaannya lebih baik berbanding murid lain yang datang ke sekolah setiap hari.“Hazman menjadi sumber inspirasi murid lain di sekolah ini untuk mencontohi kejayaannya walaupun dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).“Ibu Hazman seorang tabah dan tak pernah jemu menunggu anaknya setiap hari bermula dari tahun satu hingga tahun enam,” katanya.

Pengajaran: Kalau kita rajin berusaha pasti kita akan berjaya....tahniah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails