22 September 2010

Mati Tercekik Pen


Mahu mandi sendiri
Oleh Rashidi Karim

2010/09/22

KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam.Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain. Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam.

Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap. Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan. “Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian.
“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya. Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam. “Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri. Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut. Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa. “Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya.
Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

29 July 2010

Ujian Ke 3


Peperiksaan kali ke 3 telah selesai pagi ini setelah bermula sejak hari Selasa lagi. Saya berasa lega dan lapang selepas semuanya selesai dan berdoa agar saya mencapai satu keputusan yang baik dan memberansangkan. Peperiksaan bermula 27 - 29 Julai 2010. Kepada semua kawan-kawan selamat belajar dan menempuh ujian untuk menilai prestasi diri sendiri.

16 July 2010

IT di Banggi

Celik IT biarpun masih pakai ‘santut’

2010/07/16

PULAU BANGGI (Kudat): “Biarpun masih pakai ‘santut’ (cawat), ia bukan bermakna saya antipembangunan dan tidak mahu anak pandai guna Internet,” kata petani Orang Asli berketurunan Dusun Bonggi, Taraib Saib.Taraib yang turut mempertahankan budaya menggunakan sumpit untuk memburu haiwan seorang daripada lebih 10,000 penduduk pulau ini yang menerima manfaat program Komputer 1Malaysia dan Pelan Transformasi Perkhidmatan Pos Malaysia. Program itu dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Dewan Terbuka Kampung Karakit di sini, semalam.Taraib berkata, beliau mahu generasi muda Dusun Bonggi menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya tidak ketinggalan zaman.“Saya bangga kerana berpeluang menggunakan Internet dan selepas ini mahu lebih ramai anak etnik Dusun Bonggi yang kini hampir pupus menguasai teknologi moden dan canggih ini.
“Penggunaan Internet membolehkan kami berhubung dunia luar dan tidak terpencil di dunia tanpa sempadan,” katanya.Taraib berkata, beliau mendapat maklumat mengenai keistimewaan Internet daripada generasi muda di kampungnya yang menguasai teknologi itu. Terdahulu Rais dalam sidang media selepas pelancaran program itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperuntukkan RM12.6 juta kepada Pos Malaysia Berhad untuk melaksanakan Pelan Transformasi Perkhidmatan Pos bagi Sabah dan Sarawak untuk mempertingkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pos terutama di pedalaman kedua-dua negeri itu. Katanya, Pos Malaysia akan membekalkan 10 Pejabat Pos bergerak yang akan memberikan perkhidmatan di kawasan pedalaman Sabah.
Beliau berkata, Pejabat Pos bergerak itu dilengkapi satelit terminal kecil (VSAT) bagi memastikan pelanggan yang tinggal di pedalaman dapat menikmati pelbagai perkhidmatan kaunter yang biasanya ditawarkan di cawangan pejabat pos meliputi pembayaran bil pelbagai agensi kerajaan dan korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta 150 transaksi ditawarkan Pos Malaysia.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Matius Sator; Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli; Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Abdul Mijul Unaini.Rais berkata, pelantikan Posmen Komuniti yang dimulakan di pulau itu usaha kementerian memperluaskan kadar penembusan perkhidmatan di pedalaman khususnya kawasan mempunyai bentuk muka bumi dan geografi yang mencabar untuk menghubungkan masyarakat dengan posmen.

05 June 2010

selamat bercuti


Selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru semoga dapat merehatkan minda dan dapat bercuti bersama family....cuti yang panjang selama 2 minggu ini dapat memberi ruang untuk para pelajar untuk merehat minda dan menyiapkan kerja cuti terancang. Selamat bercuti.

07 April 2010

Hati-hati...

Otak anak terkeluar digilis lori bapa
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/07

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori yang dipandu bapanya di Jalan Belakang, Kampung Melaka Batu 10, Tanjung Karang, dekat sini, malam tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa, Mohamad Khairul Nizam Sarmon, 5, mati ketika dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) akibat pendarahan di kepala.Difahamkan ketika kejadian, bapa mangsa sedang mengundur lori empat tan masuk ke kawasan rumahnya, manakala mangsa, anak keempat daripada lima beradik dikatakan berada di dalam rumah berlari keluar ke arah lori tanpa disedari bapanya.
Bagaimanapun, bapa mangsa berusia 39 tahun memberhentikan lorinya selepas menyedari terlanggar sesuatu dan tergamam selepas melihat anaknya digilis.Ketua Trafik dan Kententeraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata ketika kejadian ibu mangsa di dalam rumah menjaga anak bongsunya berusia kira-kira tiga bulan dan tidak menyedari seorang anak kecilnya keluar rumah.“Mangsa dipercayai digilis di kepala menyebabkan sebahagian otaknya terkeluar,” katanya.

10 March 2010

Pelajar Terjun Bangunan 3 Tingkat.

Suara ghaib arah gadis terjun
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

NOOR IZZATIE dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah selepas cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Kangar semalam.
KANGAR – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini semalam diselubungi misteri apabila seorang pelajar perempuan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah sebaik mendakwa terdengar satu bisikan suara ghaib yang menyuruhnya terjun.

Kejadian pukul 7.05 pagi itu mengakibatkan, Noor Izzatie Nasir, 17, cedera parah apabila tulang pinggul, tangan serta kakinya patah dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, pelajar tersebut yang merupakan anak kepada pasangan guru dihantar oleh bapanya pukul 7 pagi ke sekolah berkenaan sebelum dia dilihat seolah-olah berada dalam keadaan separuh sedar.

Pada pagi itu juga, dia sepatutnya menyambung kembali peperiksaan ujian bulanan yang telah pun bermula sejak kelmarin.

Pengajaran : Iblis dan syaitan adalah musuh manusia.

26 February 2010

Manusia Kalahkan Buaya.


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.

DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi

Pengajaran : Maut jangan dicari.Ajal jangan ditempah.
Related Posts with Thumbnails