15 December 2008

HATI SEORANG CUCU.

PASIR PUTEH(14Dis.2008): Seorang lelaki bersama isteri tergamak mencekik leher sebelum melarikan barangan kemas dan wang tunai milik neneknya sendiri bernilai RM12,000 ketika warga emas itu sedang berehat selepas solat Zuhur, petang kelmarin. Kejadian berlaku jam 2.30 petang di Perkampungan Pondok Yaacob Samba, Cherang Tuli, dekat sini, ketika mangsa, Meriam Sa’amah, 80, seorang diri di rumah.Cicitnya, Mohd Safuan Mat, 18, yang tinggal bersamanya ketika itu menghadiri kenduri di Kampung Merkang, tidak jauh dari situ. “Mak cik hanya ingat mati ketika itu kerana orang lain semuanya tiada, termasuk jiran yang pulang ke kampung sempena Aidiladha.
“Mak cik tinggal dengan cicit buat sementara musim cuti sekolah, tapi ketika kejadian dia pergi kenduri di rumah ibu saudaranya,” katanya yang tidak menyangka cucunya sanggup bertindak sedemikian.
Meriam yang menyifatkan cucunya itu sebagai tidak berhati perut, turut tidak menyangka isterinya turut bersubahat menyamun barang kemas disimpannya sejak puluhan tahun hasil upah sebagai bidan kampung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata ketika kejadian lelaki yang juga cucu mangsa bersama isterinya masuk ke rumah Meriam dan terus mencekik leher warga emas itu.Menurutnya, berlaku pergelutan antara mereka sebelum lelaki berusia 25 tahun dan isterinya 20 tahun itu menyentap serta melarikan barang kemas warga emas itu. Katanya, mangsa tidak terus melawan kerana bimbang nyawanya terancam berikutan ketika itu dia berseorangan di rumah sedangkan suspek bersama isterinya turut memegang tangan warga emas itu dari belakang. “Selepas rantai, gelang tangan serta loket dan wang tunai dirampas daripada mangsa, pasangan suami isteri itu terus melarikan diri dengan sebuah motosikal.“Mangsa tidak cedera serius kecuali terdapat kesan cekik pada lehernya,” katanya.Mohd Kamal berkata, mangsa dengan bantuan jiran menghubungi saudaranya untuk memaklumkan kejadian terbabit. Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh jam 5.30 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. “Berdasarkan maklumat awal, cucu mangsa tinggal di Labok, Machang dan disyaki penagih dadah.“Suspek pernah ditahan sebelum ini kerana mencuri dan polis sedang berusaha menjejakinya bagi membantu siasatan,” katanya.Menurutnya, pihaknya percaya pasangan itu masih di daerah itu dan sedang bersembunyi kerana usaha mengesan di rumahnya gagal.Katanya, orang ramai yang mengetahui lokasi suspek bersembunyi diminta menghubungi polis.
(Sumber Dari Harian Metro)


Pengajaran : Kita haruslah menghormati dan menyayangi datuk, nenek, ibubapa dan ahli keluarga kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang melupakan kulit.

12 December 2008

Hai.....Selamat Bercuti

Kita telah mula bercuti pada 17 NOVEMBER 2008 dan akan mula sekolah 4 JANUARI 2009....masa agak lama dan perlulah digunakan dengan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah supaya masa tidak terbuang dengan begitu saja. Saya telah menyiapkan segala kerja Cuti Terancang yang diberikan oleh cikgu. Kawan-kawan macamana? siap ke belum?. Untuk pengisian cuti persekolahan ini juga, saya telah mengikuti kelas Al-Quran di Pusat Pintar Quran. Saya juga telah mengikuti kelas tuisyen berbayar agar masa digunakan dengan sepenuhnya. Saya berharap kawan-kawan dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah juga.
Macamana dengan kelengkapan persekolahan tahun 2009? Saya hanya beli pakaian baru saja untuk persediaan persekolahan sesi 2009 sebab peralatan lain masih baik dan elok serta dapat digunakan lagi. Biarlah kita berjimat cermat sikit, maklumlah jimat belanja. Semoga kawan-kawan semua bergembira di musim cuti ini...Wassalam.


Pengajaran : Walaupun kita bercuti tetapi jangan lupakan kerja sekolah....kerana masa itu emas.

07 December 2008

BAYI DALAM KANDUNGAN HILANG!

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu. Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini. Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB, semalam. Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas. “Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu saya mengalami demam panas,” katanya. Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.


Pengajaran : Kuasa Allah tidak dapat difikirkan oleh manusia...sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Subhanallah.

28 November 2008

KISAH DIKEDAI KOPI

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panasdan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..
“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″
Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu, lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….
Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja…
Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..lebih baik cepat-cepat diminum kerana aku hanya ada 70 sen saja”.


Pengajaran : Jangan buat perkara pelik nanti susah sendiri.

POHON EPAL DAN LELAKI

KISAH POKOK EPAL

Pada zaman dahulu dalam sebuah kampung, hiduplah sepohon epal besar dan anak lelaki yang sedang bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Ia suka memanjatnya hingga ke pucuk , memakan buahnya,tidur di bawah pokok epal itu. Anak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula pohon epal sangat mencintai anak kecil itu. Waktu terus berlalu. Anak lelaki itu kini telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya.
Suatu hari dia datang melawat pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih. "Ayuh kesini bermain-main lagi denganku," pinta pohon apel itu. "Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi," jawab lelaki itu."Aku ingin membeli memiliki mainan, tapi aku tak mempunya wang untuk membelinya."
Pohon apel itu menyahut, "aduh, maaf aku pun tidak mempunyai wang... tetapi kau boleh mengambil semua buah apelku dan menjualnya. Kau pasti akan mendapat wang untuk membeli permainan kegemaranmu." Anak lelaki itu berasa sangat senang hati. Maka dia pun memetik semua buah apel yang ada di pohon itu dan pergi dengan penuh suka hati. Namun, setelah itu lelaki tak pernahdatang lagi. Pohon apel itu kembali sedih.
Suatu hari lelaki itu datang lagi. Pohon apel sangat suka hati melihatnya datang. "Ayuh mari bermain-main denganku lagi," kata pohon epal. "Aku tak punya waktu," jawab lelaki itu. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?" Aduh, maaf aku pun tak memiliki rumah.
Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membangun rumahmu," kata pohon apel.Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon apel itu dan pergi dengan gembira.Pohon apel itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu senang, tapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon apel itu merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon apel merasa sangat bersuka cita menyambutnya."Ayuh, mari bermain-main lagi denganku," kata pohon apel."Aku sedih," kata anak lelaki itu."Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?""Aduh, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah."
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon apel itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon apel itu.
Akhirnya, anak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. "Maaf anakku," kata pohon apel itu. "Aku sudah tak memiliki buah apel lagi untukmu." "Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah apelmu," jawab anak lelaki itu.
"Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat," katapohon apel."Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu," jawab anak lelaki itu."Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini," kata pohon apel itu sambil menitikkan air mata."Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang," kata anak lelaki."Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu." "Oooh, baguslah. Tahukah engkau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang." Anak lelaki itu berbaring dipelukan akar-akar pohon.
Pohon apel itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitis airmatanya.
Pohon apel itu adalah orang tua kita.Ketika kita muda, kita selalu bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak pernah peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.Anda mungkin berfikir bahwa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi begitulah cara kita memperlakukan kepadaorang tua kita.

Pengajaran : Kita mesti membantu ibubapa kita dan tahu menjaga maruah ibubapa.

27 November 2008

Kamus Dwi Bahasa

Para pengunjung blog ini bolehlah gunakan alamat ini http://www.citcat.com untuk membuat terjemahan dari sepatah ke 800 patah perkataan..selamat mencuba.

Kisah Lucu Zoo Jepun

Sebuah zoo di negara Jepun telah membela seekor beruang kutub betina untuk hiburan kepada pengujung. Pada suatu hari pihak Zoo telah memasukkan seekor lagi beruang untuk menjadi teman kepada beruang kutub betina tadi. Ini bermakna beruang yang baru tadi adalah beruang jantan. Setelah lama berada dalam zoo ini...beruang betina tidak juga beranak ataupun mengandung. Keadaan ini telah menjadi suatu yang pelik...maka pihak zoo telah membuat penyelidikan mengapakah perkara ini berlaku. Setelah diperiksa dan diselidiki, hasilnya adalah beruang yang baru dimasukkan itu adalah beruang kutub betina. Maka beruang kutub ini dipisahkan semula.

Pengajaran : Untuk membuat sesuatu kita perlulah menyelidik dulu..jangan hentam keromo.
Related Posts with Thumbnails