07 January 2010

Ular Sawa Kedah

Ular telan 10 ekor kambing


AMIRAH (depan) bersama rakan-rakannya daripada JPAM menunjukkan ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Misteri kehilangan 10 ekor kambing sejak tiga bulan lalu terungkai apabila seekor ular sawa batik ditangkap di Felda Bukit Tangga dekat sini kelmarin.

Ular yang dianggarkan seberat kira-kira 150 kilogram dan panjang kira-kira lapan meter itu ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar dengan bantuan penduduk kira-kira pukul 6 petang.

Ketika ditangkap, ular itu dalam keadaan kekenyangan kerana baru menelan seekor kambing milik peneroka, Othman Taib, 60.

Menurut Othman, sejak tiga bulan lalu dia bingung memikirkan kehilangan 10 ekor kambingnya dari kandang yang terletak dalam kebun getahnya.

"Misteri kehilangan itu terjawab apabila saya ternampak ular sawa ini sedang menelan kambing semasa meninjau kandang ternakan kira-kira pukul 3.30 petang," katanya.

Pengajaran : Semua ciptaan ALLAH ada kelebihannya. Berhati-hati untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

04 January 2010

Selamat datang Ke sekolah.

Sekolah Cina majoriti Melayu

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

KUALA NERANG: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Hua, di sini, semalam, mencuri tumpuan apabila 14 daripada 19 murid Tahun Satu sekolah berkenaan yang memulakan sesi persekolahan di negeri ini, semalam terdiri daripada murid keturunan Melayu.

Sekolah terbabit yang juga satu-satunya sekolah aliran Cina di bandar ini dengan hanya tiga murid Cina yang mendaftar di sekolah berkenaan, manakala dua lagi murid keturunan Siam.

Keadaan itu menyebabkan sekolah berkenaan yang mempunyai seorang guru besar dan 12 guru kelihatan seperti Sekolah Kebangsaan yang majoriti muridnya Melayu.

Guru Besarnya, Kook Hooi Chin, berkata kekurangan murid Cina di sekolah itu adalah perkara biasa berikutan ia dikelilingi kawasan penempatan Melayu.

“Situasi ini sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu. Mungkin kerana kaum Cina tidak ramai di bandar ini dan kebanyakannya terdiri di kalangan peniaga,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, tahun lalu sekolah itu mencatat 54 murid Melayu dan hanya 29 murid Cina daripada 105 jumlah keseluruhan murid.

“Tahun ini, kita mempunyai 96 murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan lebih 50 peratus adalah murid Melayu,” katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Muhammad Suhaimi Shamsudin, 43, berkata dia menghantar dua anaknya ke sekolah berkenaan kerana mahu mereka menguasai bahasa Mandarin selain bahasa Malaysia dan Inggeris.

“Ia juga bertujuan supaya mereka mudah untuk bersaing,” katanya.

Seorang daripada anaknya, Syamimi, 8, sudah bersekolah di situ sejak tahun lalu, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Syakir, 7, baru memulakan persekolahan semalam.

“Saya lihat mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat di sekolah itu. Bagaimanapun, saya menghantar mereka ke kelas tuisyen supaya pemahaman mereka dalam bahasa Mandarin dapat dipertingkatkan,” katanya.

Muhammad Syakir ketika ditemui, berkata, dia gembira dan teruja memulakan hari pertama persekolahan tanpa rasa kekok untuk berinteraksi dengan murid dan guru berketurunan Cina.

“Sejak pagi tadi, saya suka dengar beberapa kawan Melayu cakap Mandarin dan saya akan cuba cakap seperti mereka dengan bimbingan guru di sekolah ini,” katanya.

27 December 2009

Budak Dimakan Ombak

2 beradik hilang dihanyut ombak

KUALA TERENGGANU - Kegembiraan empat kanak-kanak bermain di gigi air di Pantai Teluk Lipat, Sura Tengah, Dungun semalam mengundang padah apabila dua daripada mereka hilang.

Dua mangsa yang hilang merupakan dua beradik berusia sembilan tahun kerana mereka dilahirkan pada tahun sama.Mereka ialah Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan Ahmad Amirul Haikal berasal dari Jalan Pantai Sura Jeti tidak jauh dari pantai itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, kejadian pada pukul 5 petang berlaku apabila dua beradik itu bersama dua lagi rakan mereka yang juga sepasang adik-beradik, Sharifah Amira Adila Syed Mohd. Azmi, 10, dan adiknya Syed Izat Hakimi, 9, pergi ke pantai itu.

"Ketika bermain di pantai tiba-tiba kedua-dua mangsa ditarik ke kawasan lebih dalam oleh ombak kuat," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Pengajaran : Malang tidak berbau dan Musim tengkujuh masih melanda Pantai Timur dengan ombak sangat besar. Hati-hatilah selalu.

25 December 2009

Rabun Mata Tapi Terang hatinya..

PMR: Pelajar cacat mata dapat 7A
Dis 24, 09 2:03pm
Pencapaian cemerlang seorang pelajar kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam PMR mengejutkan pengetua SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur hari ini."Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetuanya Che Fatimah Che Abdullah.Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A, manakala dua yang lain Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar masing-masing mendapat keputusan 6A.Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekali gus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.

"Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.

Di Melaka, pelajar Muhammad Syarifuddin Abu Tahir dari SMK Ayer Molek mungkin rabun jauh tetapi terang hatinya dan hari ini tersenyum bangga apabila memperoleh keputusan 7A dan 1C dalam PMR.Muhammad Syarifuddin yang mengalami kecacatan itu sejak kecil, sentiasa memerlukan bantuan rakan dan guru ketika belajar dalam kelas."Apabila saya kurang jelas melihat apa perkataan yang guru tulis di papan hitam, saya tidak malu meminta rakan saya untuk membacakannya untuk saya, itulah kebiasaan yang saya lakukan," katanya kepada pemberita.

Muhammad Syarifuddin berkata, kertas soalan yang diberikan kepadanya mempunyai tulisan besar berbanding kertas soalan untuk pelajar lain dan itu amat membantunya. BERNAMA

24 December 2009

PMR Cemerlang

28,188 pelajar PMR mendapat A

Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan PMR tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di Putrajaya hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata gred purata nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008, manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya."Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas," katanya.Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit.

"Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik, manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.Alimuddin berkata untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir, dari SMK Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Dua lagi pelajar istimewa lain yang juga mengalami masalah rabun, Debbie Lim Huey Chin dari SMK Sultan Ismail dan Muhammad Azfar Firdaus Azlah dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru, memperoleh 8A.Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Sekolah berasrama penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

Di Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star) mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu seramai 85 dari 107 calon berjaya memperoleh 9A, manakala satu-satunya sekolah harian yang mencatatkan kelulusan 100 peratus adalah SMK Taman Tasek Taiping.Di Kuala Lumpur, keputusan secara keseluruhannya meningkat daripada segi kuantiti dan kualiti.Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur Sulaiman Wak berkata daripada 21,921 calon yang menduduki peperiksaan itu, 15,533 atau 70.86 peratus telah mencapai keputusan A, B, C atau D iaitu lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14,986 atau 70.20 peratus tahun lepas.

"Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri, seramai 1,939 atau 8.85 peratus calon telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,789 atau 8.38 peratus pada tahun 2008, iaitu peningkatan sebanyak 0.47 peratus," katanya.Di Sabah, bilangan calon yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 734 orang berbanding 659 orang tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Dr Muhiddin Yusin berkata 14 mata pelajaran yang ditawarkan kepada 38,741 calon di Sabah tahun ini menunjukkan peningkatan kelulusan memberangsangkan berbanding tahun lepas dengan kelulusan hampir 100 peratus.Turut mencatatkan kelulusan hampir 100 peratus ialah mata pelajaran Bahasa Kadazan yang pertama kali ditawarkan dalam peperiksaan berkenaan, katanya.Di Kedah, seramai 1,736 orang daripada 35,155 orang calon mendapat semua A sama ada dalam tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diduduki dengan peratusan sebanyak 4.94 peratus.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata pencapaian gred purata bagi tahun ini ialah 2.878 berbanding 2.926 tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 0.048."Peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.37 peratus pada tahun ini, iaitu 58.22 peratus berbanding 57.85 peratus tahun lepas," katanya.
Shahidan berkata sebanyak 10 mata pelajaran dari 15 mata pelajaran yang ditawarkan telah meningkat peratusan pencapaian pada tahun ini iaitu Sejarah, Geografi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Teknikal, Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Pengajaran : Usaha yang gigih tanpa jemu dapat membuahkan hasil selain bwrtawakkal kepada ALLAH.

20 December 2009

Ditusuk jarum

Budak ditusuk jarum selamat dibedah


GAMBAR fail Khamis lalu menunjukkan mangsa ketika dimasukkan ke sebuah hospital di Salvador.


SAO PAULO - Sepasukan doktor bedah Brazil semalam berjaya mengeluarkan empat batang jarum sepanjang lima sentimeter daripada seorang budak lelaki berusia dua tahun yang ditusuk oleh bapa tirinya.

Seorang jurucakap hospital di Salvador dekat sini, Susy Moreno berkata, jarum itu dikeluarkan terlebih dulu kerana terletak di kawasan kritikal tubuh yang boleh menyebabkan maut.

Doktor percaya, dia yang menjadi mangsa amalan ilmu hitam bapa tirinya, ditusuk hampir 30 batang jarum, kurang daripada jangkaan awal lebih 50 batang ketika dimasukkan ke hospital Rabu lalu.

Bapa tiri kanak-kanak itu, Roberto Carlos Magalhaes ditahan pihak polis selepas mengaku melakukan jenayah kejam tersebut lebih sebulan lalu kerana desakan oleh seorang wanita simpanannya.

Polis berkata, suspek wanita, Angelina Ribeiro meminta lelaki itu membunuh mangsa sebagai ritual balas dendam terhadap isteri Magalhaes kononnya untuk mereka dapat kekal hidup bersama. – Agensi

Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa berwaspada kepada sesiapapun agar tidak ditipu.

17 December 2009

Lembu Panjat Rumah

Lembu berada di atas bumbung rumah


GAMBAR menunjukkan seekor lembu berada di atas bumbung sebuah rumah di Blagdon, England.

BLAGDON, England - Seekor lembu melompat di atas bumbung sebuah rumah di sini sekali gus menyelesaikan kes beberapa bumbung rumah rosak yang disangka sebelum ini dilakukan oleh perompak, lapor sebuah akhbar semalam.Seorang remaja berumur 17 tahun, William de Cothi menyatakan dia melihat lembu itu berada di atas bumbung sebuah rumah menerusi tingkapnya.

"Pada mulanya, ia merupakan satu ilusi. Namun, selepas saya melihatnya dengan teliti, lembu yang berada di atas bumbung itu memang satu realiti," katanya. Remaja itu menyatakan dia pernah mendengar bahawa lembu boleh melompat. Cothi turut memberitahu keluarganya supaya melihat lembu itu. Dia turut merakamkan gambar tersebut. Sebelum ini, pemilik rumah itu telah menghubungi polis selepas menganggap kemungkinan perompak cuba pecah masuk kerana bumbung rumahnya rosak.

Namun, seorang pegawai polis, Ray Bradley berkata: "Pada awalnya, ia direkodkan sebagai satu rompakan tetapi saya gembira kerana saya boleh membuangnya (kes itu)." - Agensi

Related Posts with Thumbnails