27 December 2009

Budak Dimakan Ombak

2 beradik hilang dihanyut ombak

KUALA TERENGGANU - Kegembiraan empat kanak-kanak bermain di gigi air di Pantai Teluk Lipat, Sura Tengah, Dungun semalam mengundang padah apabila dua daripada mereka hilang.

Dua mangsa yang hilang merupakan dua beradik berusia sembilan tahun kerana mereka dilahirkan pada tahun sama.Mereka ialah Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan Ahmad Amirul Haikal berasal dari Jalan Pantai Sura Jeti tidak jauh dari pantai itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, kejadian pada pukul 5 petang berlaku apabila dua beradik itu bersama dua lagi rakan mereka yang juga sepasang adik-beradik, Sharifah Amira Adila Syed Mohd. Azmi, 10, dan adiknya Syed Izat Hakimi, 9, pergi ke pantai itu.

"Ketika bermain di pantai tiba-tiba kedua-dua mangsa ditarik ke kawasan lebih dalam oleh ombak kuat," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Pengajaran : Malang tidak berbau dan Musim tengkujuh masih melanda Pantai Timur dengan ombak sangat besar. Hati-hatilah selalu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails