20 September 2009

Jerat Tak Pernah Lupakan Pelanduk.

Hikmah Syawal

Oleh FUAD HADINATA YAACOB, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan AZLAN HAFEEDZ
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang dipindahkan ke bilik VIP lengkap dengan televisyen dan peti sejuk, manakala seorang lagi dilantik sebagai pengarah dan pelakon teater di dalam penjara.Itulah perkembangan terbaru dua gadis Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 24, dan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, yang kini meringkuk dalam penjara di Jepun dan China kerana dituduh cuba menyeludup dadah.Ibu Raja Munirah, Karimah Mamat, 48, berkata sepanjang Ramadan lalu dia menerima tiga pucuk surat daripada anak sulungnya yang dipanggil Along dan surat terbaru bertarikh 12 September lalu.“Dalam surat itu Along menyatakan dia sihat dan kini ditempatkan dalam sel atau bilik VIP dilengkapi televisyen, peti sejuk dan radio.

“Itulah bezanya Ramadan dan Syawal Along tahun ini selepas dia menderita ketika berpuasa dan menyambut Aidilfitri dua tahun sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. Menurutnya, ketika Ramadan 2007, Raja Munirah baru ditahan dan dia langsung tidak dibenarkan berpuasa. Ramadan tahun lalu pula, dia dikurung dalam bilik gelap bawah tanah kerana didakwa mahu bunuh diri.
Karimah berkata, keadaan itu memaksa dia menulis surat tiga kali kepada pihak pengurusan penjara dan melampirkan surat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai kewajipan umat Islam berpuasa. Menurutnya, selepas itu baru pihak pengurusan Pusat Tahanan Kosuge, Tokyo, Jepun membenarkan Raja Munirah berpuasa.

“Alhamdulillah, tahun ini dia berpuasa seperti biasa dengan menu bersahur dan berbuka adalah roti, biskut dan buah-buahan. Along hanya mandi dua kali seminggu, sekali gus berwuduk dan sembahyang sebelum tidur,” katanya. Menurutnya, Raja Munirah juga memaklumkan dia kini fasih berbahasa Jepun dan baru-baru ini menduduki ujian bahasa itu. Dalam bilik, dia tidak dibenarkan tidur kecuali malam dan masa terluang digunakan untuk membaca dan melukis.
Raja Munirah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo pada 20 Disember 2007 atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu dan dihukum penjara tujuh tahun setengah selepas didapati bersalah. Karimah berkata, selagi anak kesayangannya tidak pulang ke pangkuan keluarga, selagi itulah pilu menyelubungi mereka setiap kali menyambut Aidilfitri.

“Sejak tiga tahun lalu hari raya sama seperti hari lain. Pada saya kepulangan Along adalah hari raya bagi kami,” kata ibu kepada lima cahaya mata itu. Karimah berkata, dalam suratnya Raja Munirah turut berpesan jangan biarkan adik bongsunya, Raja Daniel melupakannya kerana ketika dia mula ditahan, Daniel baru berusia satu setengah tahun. “Untuk tidak melupakannya, kami tampal gambar Along di merata tempat seperti pintu, peti ais dan televisyen. Daniel yang kini hampir lima tahun masih ingat dengan kakaknya. “Setiap kali nampak kapal terbang dia bertanya kenapa Along tidak berhenti, malah ada satu ketika dia ambil batang pengelap lantai dan ikat dengan kain sambil menjerit memberitahu dia ada di bawah dan berharap Along nampak,” katanya. Meskipun sedih, Karimah turut bersyukur dan percaya apa yang menimpa anaknya ada rahmat di sebaliknya.
“Jika Along tidak ditahan, dia mungkin menjadi mangsa sindiket di sana. Dia memang tidak tahu apa-apa apabila diminta menggunakan beg yang dipinjamkan seorang lelaki Iran bernama Milad yang juga rakan kolej. “Saya juga bersyukur kerana sepanjang ditahan, Along dua kali khatam al-Quran, boleh bercakap bahasa Jepun, berdikari dan pandai menjahit baju kimono dengan upah RM2.50 sehari,” katanya.

Sementara itu Umi Azlim yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Guangzhou, China juga menitipkan sedikit berita gembira buat keluarganya di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Bapanya, Mohamad Lazim Jusoh, 52, berkata kali terakhir dia menerima surat daripada anaknya, Umi Azlim yang juga dipanggil Along ialah beberapa hari sebelum Ramadan lalu. Menurutnya, pihak pengurusan penjara yang menahan Umi Azlim mengawal ketat dan sukar memberi kebenaran kepada penghuninya menulis surat, apatah lagi menelefon keluarga.

“Sebab itu dalam setahun, kami cuma menerima tiga atau empat surat daripada Along. Dalam surat terbarunya Along memaklumkan dia kini dilantik sebagai pengarah dan pelakon dalam sebuah teater di penjara terbabit. “Along juga memberitahu dia kini boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin yang dipelajari daripada seorang guru bahasa di dalam penjara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sesuatu yang menarik mengenai Raja Munirah dan Umi Azlim, kedua-duanya secara kebetulan memiliki banyak persamaan iaitu berusia 24 tahun, anak sulung dalam keluarga dan dipanggil Along serta bekas penuntut pusat pengajian tinggi.

Raja Munirah sebelum ini menuntut di Universiti Limkokwing, Cyberjaya manakala Umi Azlim pula bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007 tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diterima. Bagaimanapun Mohamad Lazim berkata, dia sebak dan hiba apabila dalam suratnya, Umi Azlim minta dikirimkan wang untuk membeli vitamin C dan makanan tambahan lain berikutan selera makannya semakin berkurangan. Menurutnya, sepanjang berpuasa Umi Azlim hanya berbuka dan bersahur dengan nasi berlaukkan ikan, roti, biskut dan air kosong dan itu juga juadahnya pada pagi 1 Syawal. “Sebaik membaca isi kandungan surat itu, hati saya hiba kerana Along minta wang untuk beli vitamin C dan makanan tambahan lain bagi menaikkan selera makannya yang semakin berkurangan. “Lebih membimbangkan saya, Along ada penyakit lelah selain dia memaklumkan berat badannya semakin susut disebabkan cuaca tidak menentu kini. “Disebabkan itu Along memohon saya mengirim RM400 setiap bulan untuk membeli makanan tambahan, termasuk ubat lelah,” katanya. Selain bapanya, Umi Azlim menghantar surat sama kepada dua ibu saudaranya di Johor dan Selangor bagi memohon bantuan kewangan disebabkan masalah dihadapi. Mohd Lazim berkata, dia tidak mampu memenuhi permintaan Umi Azlim berikutan masalah kewangan selain perlu menanggung empat lagi anak yang masih bersekolah.

“Dengan pendapatan sebagai mekanik, saya tidak mampu memenuhi permintaannya, apatah lagi perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah, namun naluri bapa saya tidak sampai hati menolak permintaannya, saya kirimkan juga RM50 atau RM100 sebulan,” katanya.
Mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Mohd Lazim berkata, dia hanya membuat persiapan ala kadar kerana keluarganya masih bersedih mengenangkan ketiadaan Umi Azlim dan isteri, Umi Slaia Ibrahim, 47, yang meninggal dunia akibat barah leher Mei tahun lalu. Katanya, ketika isteri sakit, dia kerap menyebut nama Umi Azlim dan berhasrat menemuinya untuk kali terakhir, tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Mohd Lazim berkata, Umi Azlim bersedih dengan kehilangan ibu tercinta yang juga orang paling rapat dengannya dan mahu menziarahi kubur ibunya sejurus menjejakkan kaki di tanah air.

“Sebelum ini arwah isteri dan Along orang paling sibuk menyediakan juadah raya seperti rendang, ketupat, mi soto, lontong dan kuih siput, namun semuanya tinggal kenangan,” katanya yang berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan supaya dia dapat melawat Umi Azlim di China.

Pengajaran : Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah berhati-hati dan usahlah terpengaruh dengan gaji lumayan. Menyesal kemudian tak berguna lagi.

13 September 2009

Ajal ditangan Tuhan.

Bilal maut kena tikam

Oleh MOHAMAD HUSSIN (harian metro).

YAN: Kematian bilal sebuah surau di Kampung Sedaka Tengah, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila mangsa ditemui di dalam bilik di rumahnya dengan satu kesan tikaman di perut dengan sebilah golok berhampiran mayatnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, mangsa dikenali sebagai Zakaria Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ya, ditemui dalam keadaan terbaring.

Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa dalam keadaan tertekan dan murung sebelum masuk ke dalam bilik di rumahnya.

Sebelum itu mangsa dikatakan mengusir keluar isterinya yang ada di dalam bilik berkenaan kerana dia ingin bersendirian.

Isteri mangsa dikenali sebagai Wati yang panik melihat perubahan diri Zakaria dikatakan cuba mententeramkan mangsa yang dalam keadaan tertekan tetapi dihalau keluar oleh suaminya.

Mangsa terus mengunci pintu bilik berkenaan sebelum terdengar jeritannya dalam keadaan kesakitan.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Manan Ayob, 47, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Setahu saya arwah tidak bermusuh dengan sesiapa, malah semua kawannya baik dan rapat dengan beliau,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, berkata ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dalam bilik selain sebilah golok berhampiran mayatnya.

Pengajaran : Walaupun dibulan ramadan bulan yang penuh berkat tapi manusia masih lagi mengumpul dosa.



09 September 2009

Perompak Semakin Ganas Di Bulan Puasa.

Ahli Wanita UMNO dibunuh kejam - Perut terburai akibat ditikam bertubi-tubi
Oleh MANIRAH OTHMAN manirah.othman@kosmo.com.my

HULU TERENGGANU - Bekas Ketua UMNO cawangan Felda Mengkawang dekat sini ditemui mati dengan ususnya perutnya terburai setelah ditikam bertubi-tubi oleh seorang perompak yang memecah masuk rumahnya sebelum melarikan sejumlah barang kemas di Felda Mengkawang petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas mangsa bertandang ke rumah jirannya apabila dia didatangi perompak yang dengan kejam meragut barang kemas dan nyawanya. Dalam kejadian itu dia dipercayai cuba mempertahankan diri.
Ketika kejadian, mangsa, Asimah Abd. Rahman, 51, yang merupakan Pengerusi Gabungan Pergerakan Wanita UMNO Felda Wilayah Terengganu tinggal bersendirian kerana suaminya keluar bekerja.
Kejadian hanya disedari jirannya, Asmah Mat Adam, 45, yang datang ke rumahnya pada pukul 3 petang. Asmah hairan apabila salam yang diberi tidak bersambut.
Menurut Asmah, dia terus masuk ke ruang tamu rumah itu apabila mendapati pintu depan rumah mangsa terbuka dan televisyen terpasang.

Pengajaran ; Manusia yang bertopeng syaitan tetap mencuri walaupun dibulan Ramadam. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati di setiap masa.

05 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR.

Selamat menduduki UPSR kepada semua rakan-rakan semoga mencapai 5A. Di sini saya ada beberapa maklumat sebagai persediaannya.


1. Terima hakikat

-pepriksaan pasti akan datang & kita ka menghadapinya dgn baik
-melalui peperiksaanlah kita akan tahu sejauh mana kebolehan & kemampuan diri
-selagi kita belajar, selagi itulah kita akan menduduki peperiksaan. Kita tdk dpt lari drpdnya
-melalui peperiksaan juga kita akan berpeluang utk mencapai impian atau cita2 kita.
-tiada peperiksaan maka tdklah kita sampai ke mana2.

2. Tentukan sasaran
-pelajar yg bijak sdh menentukan sasaran ari awal lagi'
-mahu lulus cemerlang, mahu dpt 5A, mahu masuk MRSM, mahu lulus semua subjek...
-mahu berjaya dlm hidup

3. Langkah yang perlu diambil semasa menjawab Ujian.
- Baca soalan sebanyak 2 kali sebelum menjawab.
- Pilih soalan yang mudah dahulu untuk menjimatkan masa.
- semak semula jawapan sekiranya masih ada masa.

semoga berjaya....wassalam.

01 September 2009

Kebolehan Luar Biasa.....

"Spiderman" Robert Alain panjat Menara Petronas

KUALA LUMPUR: Warga Perancis Robert Alain yang dikenali "Spiderman" kerana sering memanjat bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan, hari ini menakluki Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat selepas gagal pada 1997 dan 2007. Dengan memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, beliau mula memanjat Menara Dua pada 6 pagi tadi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, Alain, 46, ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan menceroboh kerana tidak mendapatkan permit."Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencerobohkawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisoner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Alain dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di
Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.- Bernama.

Pengajarannya : Usaha tangga kejayaan dan inilah anugerah tuhan kepada manusia.

25 August 2009

Sitanggang Bulan Puasa...Masyaallah.

Belasah ibu
Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.

Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.

Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.

Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.

Bagaimanapun, pada jam 6 petang Selasa lalu, anak lelaki wanita itu yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya, datang berjumpa ibunya yang sedang mengikat sayuran seorang diri di depan rumah di Kampung Tengkawang, dekat sini.

Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.

Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.

Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.

Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.

Tengku Hamzah berkata, polis sedang memburu anak lelaki mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 20-an yang menghilangkan diri selepas kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Pengajaran : Sepatutnya di bulan yang mulia ini kita banyakkan sedekah dan amal ibadat bukan melakukan sesuatu yang tidak wajar....inilah sitanggang.

05 August 2009

Malaysia Semakin Terancam Selsema BABI

12 mati akibat H1N1, terkini di Johor
Ogos 5, 09 2:43pm


Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Kematian-kematian lain:

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas.

Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Pengajaran : Kita hendaklah berhati-hati dalam setiap gerak-geri kita.


Related Posts with Thumbnails