13 September 2009

Ajal ditangan Tuhan.

Bilal maut kena tikam

Oleh MOHAMAD HUSSIN (harian metro).

YAN: Kematian bilal sebuah surau di Kampung Sedaka Tengah, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila mangsa ditemui di dalam bilik di rumahnya dengan satu kesan tikaman di perut dengan sebilah golok berhampiran mayatnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, mangsa dikenali sebagai Zakaria Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ya, ditemui dalam keadaan terbaring.

Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa dalam keadaan tertekan dan murung sebelum masuk ke dalam bilik di rumahnya.

Sebelum itu mangsa dikatakan mengusir keluar isterinya yang ada di dalam bilik berkenaan kerana dia ingin bersendirian.

Isteri mangsa dikenali sebagai Wati yang panik melihat perubahan diri Zakaria dikatakan cuba mententeramkan mangsa yang dalam keadaan tertekan tetapi dihalau keluar oleh suaminya.

Mangsa terus mengunci pintu bilik berkenaan sebelum terdengar jeritannya dalam keadaan kesakitan.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Manan Ayob, 47, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Setahu saya arwah tidak bermusuh dengan sesiapa, malah semua kawannya baik dan rapat dengan beliau,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, berkata ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dalam bilik selain sebilah golok berhampiran mayatnya.

Pengajaran : Walaupun dibulan ramadan bulan yang penuh berkat tapi manusia masih lagi mengumpul dosa.



No comments:

Related Posts with Thumbnails