12 December 2009

Jangan Takut Doktor

Budak fobia doktor gigi mati


SOPHIE


LONDON - Seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Sophie Waller meninggal dunia kerana kelaparan di rumahnya selepas dia enggan menjamah makanan akibat dihantui fobia takut pada doktor gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu didedahkan oleh ibunya, Janet, 35, dalam inkues siasatan berhubung kematiannya yang berlaku pada 2 Disember 2005.

Menurut Janet, anaknya mengalami trauma selepas lapan batang gigi susunya dicabut oleh doktor sebuah hospital menerusi satu pembedahan.

Doktor membuat keputusan itu bagi mengelak insiden dia enggan membuka mulut ketika berjumpa doktor gigi berulang.

Sebelum itu, ketika berumur empat tahun, dia mengalami trauma kerana lidahnya luka dalam satu pemeriksaan kesihatan.

Sophie meninggal dunia dua minggu selepas lapan batang gigi susunya dicabut.

Seorang ahli patologi, Marianne Brundle mendapati budak itu meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang akibat kebuluran dan kekurangan air. - Agensi

Pengajaran : Masalah takut boleh bawa padah...kita hendaklah berhati-hati dalam setiap pekerjaan. Gigi perlu dicabut bila tiba waktunya supaya nampak cantik bila tersenyum.

10 December 2009

Kecil-kecil Masuk Universiti.

Budak 12 tahun jadi mahasiswa


CAMERON

WREXHAM - Seorang murid, Cameron Thompson yang berumur 12 tahun diterima menjadi mahasiswa jurusan matematik di Universiti Terbuka di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.Budak lelaki itu diterima untuk kursus ijazah sarjana muda sains dengan kepujian dan dia dijangka menamatkan pengajian semasa berusia 16 tahun. Walaupun sudah bergelar mahasiswa, Cameron masih menuntut di sekolah Maelor bersama murid lain tetapi dia belajar pada waktu petang untuk kursus ijazah itu. Ibu bapa kanak-kanak genius itu, Roderick, 35, dan Alison, 32, menyatakan mereka mula mengetahui kebolehan luar biasa Cameron dalam mata pelajaran Matematik semasa dia berusia empat tahun. Kanak-kanak itu diterima melanjutkan pengajian di universiti selepas dia lulus cemerlang dalam ujian di peringkat menengah dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan. Di sebalik kecemerlangannya dalam bidang matematik, dia didapati menghidap sindrom Asperger Syndrome yang menyebabkannya sukar untuk bergaul.

"Penyakit itu menyebabkan anak kami agak sukar bergaul tetapi pihak sekolah dan rakan-rakannya banyak membantu," kata Roderick. "Dia kini berada dalam tahun dua di universiti itu," tambahnya. - Agens

Pengajaran : Setiap manusia mempunyai kelebihan sendiri tetapi yang penting usaha dan rajin dapat membantu meningkatkan pencapaian.

09 December 2009

The Stupid Australia's Cow.

Lembu 'degil' diselamatkan


GAMBAR menunjukkan seekor lembu diselamatkan dengan menggunakan pelampung di Pelabuhan Darwin baru-baru ini.



DARWIN - Seekor lembu di Australia nyaris lemas kerana keletihan selepas memasuki kawasan laut dalam di Pelabuhan Darwin, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku apabila lembu seberat 500 kilogram itu dipercayai tersilap berenang di perairan dalam pada awal pagi sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat tempatan, baru-baru ini.

Mereka berhempas-pulas selama 45 minit kerana lembu itu enggan bekerjasama namun anggota-anggota penyelamat berjaya memasang tali pada kepala haiwan itu dan menariknya ke daratan. - Agensi

Pengajaran: Kesilapan sering dilakukan oleh semua makluk tetapi kita perlu mendengar teguran agar tidak melakukan kesilapan yang sama.

08 December 2009

Penangan Lombok

Pemuda Umno bantu Norzuliyani pulang
Salhan K Ahmad
Dis 8, 09
8:38pm
Dengan bantuan Pemuda Umno, seorang wanita rakyat Malaysia dapat kembali ke tanahair untuk dipertemukan dengan keluarganya selepas 11 tahun terpisah kerana lari mengikut bakal suaminya, seorang Indonesia hingga ke Lombok di republik itu.

Biro aduan komuniti Pemuda Umno telah membantu mendapatkan dokumen perjalanan yang sah untuk Norzuliyani Alias, 29, dari pihak berkuasa Indonesia dan kedutaan Malaysia di republik itu, untuk membolehkannya pulang bersama tiga orang anaknya.

"Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia kerana dapat memberikan permit keluar dalam masa yang singkat," kata Pengerusi biro tersebut, Datuk Muhammad Khairun Aseh dalam satu sidang akhbar hari ini

Manakala kedutaan Malaysia di republik pula telah mengeluarkan pasport sehala untuk membolehkan Nozuliani masuk semula ke Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya membantu Norzuliyana mendapatkan semua dokumen perjalanan tersebut kerana wanita itu memasuki Indonesia secara haram.

Dalam pertemuan di pejabat biro tersebut di ibunegara, Norzuliyani dilihat menitiskan air matanya apabila dapat berjumpa semula ibu bapanya Norhayati Abas, 48, dan Alias Bidi, 54.

Menceritakan detik lari mengikut bakal suaminya itu, Mahrudin Ahmad, 35, wanita berkata, perjalanan mereka mengambil masa sebulan dari rumahnya di Hulu Besut, Terengganu hingga ke Lombok yang terletak di daerah Nusa Tenggara, Indonesia.

Katanya, beliau memasuki Indonesia melalui satu pelabuhan di Johor dan mereka menyeberang Selat Melaka. Mereka kemudian berkahwin di rumah keluarga Mahrudin di Lombok. Ketika itu Norzuliyani berusia 17 tahun.

"Saya dengan suami saya tidak ada masalah. Cuma saya tidak dibenarkan bekerja, cuma duduk di rumah sahaja," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan keluarganya itu.

"(Mahrudin) beritahu saya dia akan datang ke sini," katanya lagi dan menjelaskan bahawa kepulangannya itu diizinkan oleh suaminya.

Ditanya sama ada dia akan pulang semula ke kampung suaminya, Norzuliyani dengan sebak menjawab: "Siapa tak rindukan suami..."

Sementara itu bapanya, Alias pula berkata, beliau tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap anak perempuannya itu, mahupun Mahrudin yang kini bekerja sebagai pemandu motosikal sewa yang dikenali sebagai 'ojek' di republik itu.

"Saya suruh (Mahrudin) balik sama. Tapi terpulanglah sama ada dia hendak balik ke sini atau tidak," kata Alias lagi berkata beliau telah membelanjakan "berpuluhan ribu" ringgit untuk mencari anaknya itu.

Katanya lagi, beliau pertama kali menerima khabar dari Norzuliyani yang mengirimkan surat kepada keluarganya, selepas tiga tahun meninggalkan rumah.

Menurutnya lagi, Norzuliani mengenali Mahrudin ketika beliau mengusahakan kedai makan di sebuah tanah rancangan Felcra di Keruak, Hulu Besut.

Mahrudin ketika itu bekerja di sebuah ladang di tanah rancangan tersebut dan mula berkenalan dengan anaknya di kedai makannya itu, kata Alias.

Pengajaran: Kita janganlah mengikut nafsu semata-mata, akal mestilah membuat pertimbangan yang wajar agar tidak menyusahkan ibubapa dan keluarga.

06 December 2009

Tragedi di KB Mall

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.




Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.


LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.

Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Pengajaran: Ajal dan maut ditangan tuhan tetapi kecuaian manusia perlu dipertimbangkan. Mungkin ini bala disebabkan pemimpin yang menyimpang.

Orang Utan Main Jet Seki

Anak orang utan suka main jet ski


SURYA ditemani seorang pengajar wanita menaiki sebuah jet ski.


FLORIDA - Seekor anak orang utan berumur empat tahun yang diberi nama Surya suka menaiki sebuah jet ski, lapor sebuah akhbar semalam.Institut Spesies Berbahaya dan Jarang Ditemui (TIGER) di Florida menyediakan sebuah jet ski kanak-kanak untuk Surya bermain yang merupakan sebahagian daripada aktiviti hariannya. Surya memakai jaket keselamatan kanak-kanak ketika duduk di atas jet ski dalam sebuah kolam di institut itu. Seorang pakar haiwan, Dr. Bhagavan Antle menjelaskan Surya suka bermain dengan air tetapi enggan kepalanya basah.

Dr. Antle dan anggota-anggota pasukannya memperkenalkan Surya dan beberapa orang utan lagi dengan air ketika masih bayi lagi. "Orang utan tidak pandai berenang secara semula jadi dan jika anda memperkenalkan kolam air kepada haiwan itu, ia akan tenggelam.

"Namun, beberapa orang utan sudah pandai berenang tanpa memakai jaket keselamatan," katanya. - Agensi

Pengajaran : Setiap manusia mempunyai hobi begitu juga binatang jika diberi peluang.

03 December 2009

Gunting Di Kerongkong.

Gunting tersekat di kerongkong lelaki


GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah gunting yang tersekat dalam kerongkong Lin.

PUTIAN - Gara-gara ketawakan jenaka rakannya ketika mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima padah apabila dia tertelan yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Kong Lin cuba memuntahkan gunting itu keluar tetapi mata perkakas itu yang tajam semakin menusuk ke dalam kerongkong menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di sini, timur China.

"Ketika lelaki berumur 27 tahun itu tiba, mukanya pucat dan dia berpeluh tanda kesakitan," kata seorang pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Chen Wei.

"Pesakit mengalami kesukaran untuk menelan dan darah bercampur air liur keluar daripada mulut mangsa," tambahnya.

Sekumpulan pakar bedah melakukan pembedahan ke atas Lin tanpa suntikan ubat bius kerana bimbang gunting itu akan menusuk lebih jauh ke dalam kerongkongnya jika dia berada dalam keadaan tidak sedar.

"Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 30 minit. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil pada kerongkongnya," kata Dr. Wei. - Agensi

Pengajaran : Bergurau yang keterlaluan dapat membahayakan diri sendiri.

Related Posts with Thumbnails